Tuesday 17 January 2012

Perjuangan Sebenar Fisabilillah Umat Islam/Melayu Tanah Melayu Nusantara (2) Kembalikan Kuasa Raja Raja Melayu

Perpecahan yang berlaku dikalangan orang Melayu di Malaysia telah sampai keperingkat yang mengusarkan banyak pihak. Ramai yang berpendapat sekiranya orang Melayu terus berpecah mereka akan kehilangan kuasa politik dan kemerdekaan.

Perpecahan orang Melayu adalah disebabkan perbezaan idealogi politik. UMNO yang merupakan organisasi terbesar orang Melayu berjuang diatas landasan semangat nasionalisme Melayu-Islam dan PAS pula sebagai organisasi kedua terbesar berjuang dengan bertunjangkan orientasi Islam.

UMNO mempromosikan dasar-dasar yang tidak bertentangan dengan Islam manakala PAS pula mempromosikan dasar-dasar Islam. Perbezaan kaedah perjuangan namun ditafsirkan sebagai perbezaan aqidah oleh PAS sehingga timbul isu kafir mengkafir dan berlaku sembahyang dua imam di banyak tempat.

Kini muncul pula kelompok ketiga dalam masyarakat Melayu. Kelompok yang tidak menyokong UMNO atau PAS. Kelompok ini merasakan bahawa kedua-dua organisasi sama sahaja. Ini kerana kedua-duanya terlibat mengamalkan system demokrasi yang dilarang kerasa oleh Islam kerana sistem ini menyekutukan Allah SWT dan bolih menyebabkan orang Islam terkeluar dari aqidah Islam kerana mengamalkannya.

Kelompok ini secara mutlak menolak demokrasi dan kapitalis dan memilih pemimpin melalui sistem pilihanraya. Kelompok ini didukung oleh ramai golongan muda yang berusia dibawah 30 tahun yang dikenali sebagai generasi Y.

Melihat kepada keadaan semasa, memang benar perpecahan orang Melayu sudah sampai keperingkat kritikal. Suara-suara kebimbangan terdengar disana-sini. Begitu juga dengan suara-suara yang menyeru kepada perpaduan orang Melayu semakin berkumandang disana-sini.

Namun atas dasar apa orang Melayu perlu bersatu ? Apakah faktor yang cukup kuat yang mampu menyatu-padukan orang Melayu ?

Untuk mencari jawapannya kita perlu melihat kepada ciri-ciri yang sangat identik dengan orang Melayu. Raja-Raja Melayu, Islam, bahasa Melayu dan adat budaya Melayu. Inilah ciri-ciri orang Melayu dan ini juga faktor-faktor yang mampu mengusik sensitiviti orang Melayu.

Pada waktu ini orang Melayu telah kehilangan asas untuk bersatu. Mereka tidak mempunyai motivasi yang kuat untuk bersatu. Demokrasi telah menyebabkan mereka berpecah-belah.

Hanya ada satu sahaja jalan terbaik untuk menyatukan kembali orang Melayu. Kembalikan kuasa Raja-Raja Melayu.

Tolak demokrasi dan daulatkan kembali Raja Melayu sebagai wakil Allah SWT diatas muka bumi dan memerintah dengan syariat Islam menurut Al-Quran dan Sunnah.

Daulatkan Raja Melayu. Raja Melayu adalah ketua agama Islam. Dan Islam memiliki semua jawapan kepada setiap masalah manusia. Mendaulatkan Raja bererti kita mendaulatkan syariat Islam. Mendaulatkan syariat Islam bererti kita mendaulatkan Allah SWT.

Biarlah Raja menjadi Raja dan rakyat menjadi rakyat. Sampai bila kita ingin melihat Raja menjadi rakyat dan rakyat menjadi Raja. Untuk apa mempunyai Raja yang tidak memiliki kuasa. Berilah peluang agar Raja Melayu dapat memerintah kembali dengan syariat Islam.

Wujudkan Majlis Syura Kebangsaan sebagai badan yang melantik Raja dan bertindak sebagai penasihat Raja serta sebagai badan tertinggi pembuat hukum.

Berilah peluang kepada mereka-mereka yang benar-benar beriman dan bertaqwa yang tulus dan ikhlas dan yang benar-benar mempunyai keahlian dibidang masing-masing untuk menjadi perancang dan menentukan hala tuju bangsa ini.

Sudah sampai masanya bagi orang Melayu untuk melihat model pemerintahan dan model ekonomi yang berbeza bagi menjamin kelansungan atau survival bangsa ini. Sistem yang diamalkan pada hari ini hanya menguntungkan segelintir kelompok elit Melayu sahaja.
Untuk apa kita berjuang dan berkorban untuk sesuatu yang dimurkai oleh Allah SWT. Kenapa kita tidak berjuang dan berkorban untuk sesuatu yang diredhai oleh Allah SWT. Sudahlah kita rugi didunia….janganlah hendaknya kita rugi pula diakhirat.

Rasuah, salah-guna kuasa, pecah amanah, pembaziran dan berbagai-bagai lagi bentuk jenayah kolar putih bukan lagi cerita baru dalam masyarakat. Ianya seakan sudah menjadi budaya dalam masyarakat. Sampai bila semua ini harus dibiarkan berterusan.

Sedarlah tentang kenyataan pada hari ini. Bangsa yang kononnya mempunyai kuasa politik dan mampu menentukan nasib dan masa depannya sendiri sedang mengemis dinegaranya sendiri. Bangsa yang kononnya pribumi dan menjadi penghuni majoriti kini merasa terancam dengan golongan minoriti.

Sudah terlalu banyak yang ditagih dari bangsa ini. Dan sudah terlalu banyak yang dikorbankan oleh bangsa ini demi mempertahankan kuasa dan demi memelihara perpaduan dan keharmonian. Apakah semua itu dihargai ?

Bangsa Melayu adalah bangsa yang berjiwa besar. Mereka mungkin tidak mengharapkan segala pengorbanan mereka dihargai. Mereka juga mungkin tidak mengharapkan segala pengorbanan mereka diberikan ganjaran. Mereka adalah bangsa yang sangat sederhana. Mereka hanya ingin hidup santai, sederhana dan aman damai.

Namun demikian, janganlah dikhianati ketulusan dan keluhuran mereka. Berikanlah peluang kepada mereka untuk mempamerkan jati diri dan potensi sebenar mereka. Sudah terbukti bahawa bangsa ini adalah bangsa yang paling akomodatif dalam dunia. Percayalah…..tidak akan ada kebangkitan dari Timur tanpa kebangkitan Melayu.

9 comments:

  1. bagus dan bernas kembalikan kuasa raja, kita tidak perlukan demokrasi ciptaan barat ni

    ReplyDelete
  2. namun tuan bagaimanakah pula perihal sekelian raja-raja melayu yg ada pada hari ini melainkan mereka itu hanya "bertuankan" pihak barat; berpendidikan di barat malah melebihkan barat dalam setiap aspek kehidupan mereka? Sandar apa kita rakyat melayu ini terhadap raja sedemikian rupa?

    cuit si jalak lenteng

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Raja raja melayu kita ada majlis raja raja...melalui majlis raja raja kita pilih raja yang cukup ilmu dunia dan akhirat dalam erti kata lain beriman dan bertakwa antara mereka dan dibantu oleh ulama ulama dan menteri menteri yang jujur amanah beriman dan bertakwa.Yakinlah apabila umat islam/melayu bersatu pasti ALLAH SWT menunjukkan kepada kita jalan dalam mewujudkan dan merealisasikan Khilafah Daulah Islamiah.Pasti ALLAH SWT jelmakan Raja raja melayu yang beriman dan bertakwa setelah kita bersatu nanti.Perlu kita ingat Raja Raja Melayu juga menyimpan rahsia untuk kebangkitan umat islam/melayu akhir zaman..mereka memerlukan penyatuan antara kita dahulu...apabila penyatuan antara kita tercapai dan terlaksana kita pasti Raja Raja Melayu akan membuka Hijab rahsia tersebut yang diwasiatkan zaman berzaman.Dan perlu diingatkan juga kenapa Raja Raja Melayu masih wujud beribu ribu tahun zaman berzaman sehingga kini??Terfikir kah kita kenapa dan apa maknanya dan maksud tersirat sementara raja raja dinegara lain sudah tiada lagi bertakhta...Raja Raja Melayu kita adalah simbol perjuangan umat islam/melayu yang tidak pernah dikalahkan dalam mana mana peperangan iaitu Panji Panji Hitam Dari Timur.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    MasyaAllah alhamduliLlah, teruskan menulis saudaraku. Semoga Nur Muhammad menjadi semakin bercahaya dan menerangi dari timur ke barat insyaAllah. Amiin

    Wassalam
    TokPakirKD

    ReplyDelete
  5. Umat Islam semakin keliru dan tertipu...mari kita sama sama berjihad memberi kefahaman dan mengembalikan mereka kepada Islam yang 1 islam yang sebenar.Tugas kita yang diamanahkan ALLA dan Rasul ialah satukan dan damaikan mereka kembali..

    ReplyDelete
  6. Kami tidak sekadar menulis saudara saudara ku kami praktik kan didunia sebenar..kalau saudara ingin bersama sama jemaah yang mendaulatkan ALLAH dan Rasul saudara saudara semua boleh bersama kami..

    ReplyDelete
  7. SALAM tokpakirkd...terima kasih semoga kita bersama sama berjuang mendaulatkan ALLAH dan Rasul..dan mengembalikan "wangian yang hilang"

    ReplyDelete
  8. http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1107/BAHAYA-HIZBUT-TAHRIR-P1-

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum anonymous..Kami bukan dari Hizbut Tahrir..Kami hanya hamba hamba ALLAH SWT yang berusaha untuk menyatupadukan dan memberi kesedaran kepada ummah melalui jalan jalan islam yang 1 iaitu islam yang dibawa Rasulullah SAW.Di Tanah Melayu kami hanya setia kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja Raja Melayu sebagai Ketua Negara dan Ketua agama Islam.Kerana Tanah Melayu pada asas penubuhannya ialah Raja Berpelembagaan dan tiada didalam perlembagaan Tanah Melayu menyebut "demokrasi berparlimen"..Nur Muhammad pasti bersinar kembali di Tanah Melayu..kerana di bumi ALLAH SWT yang bernama Tanah Melayu inilah waris waris Ahlul Bayt berkumpul bersama para Wali Wali ALLAH serta para mukmin untuk kebangkitan akhir zaman.

    Dari Tanah Arab Islam dan Nur Muhammad itu dibawa Ke Tanah Melayu,..Dari Tanah Melayu Islam dan Nur Muhammad dibawa kembali ke Tanah Arab..

    ReplyDelete